3 January 2014

~ The Journey~

Assalamualaikum.

Hari nie, nadia nak cakap menaip dan mennulis dalam bm pula. Haha. Sudah lama ditinggalkan. Sebenarnya, tak ada apa pun sangat nak update, tak tahu nak cakap pasal apa sebenarnya. Tapi, dah oleh kerana ada silent reader yang kadang-kadang tanya tak update blog ke? Ngade sesangat la kan. Macam tak contact dia. pfftt. So, hari nie, minggu pertama di tahun 2014. Mari la kita berjemaah update blog. hehe! Well, so far, memang ramai yang dah tahu nadia dah tunang dan yang masih terkejut dan yang tak tahu tiba-tiba tahu pun terus tanya nadia, betul ke tak pe semua? adoi. Korang amboi sangat ingat aku nie serious sangat tak fikir hidup berdua ke?

Well, macam my previous post. Memang semua yang jadi sangat unexpected. Tahun 2013 memang tahun yang paling banyak buat luka dan gembira at the same time. Orang cakap bittersweet. haha!! Nadia bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T tentukan untuk nadia. Alhamdulillah. Dan berdoa moga Allah permudahkan segalanya dengan Izin-Nya. Sebab kita nie manusia yang sering lupa. Dan, benda yang jadi tunjuk yang Allah sayangkan kita dan Dia tahu yang terbaik untuk hidup kita dan tak jauh dari jalan-Nya.

Sebenarnya, sekarang tengah tunggu 'green light' dari ibu ayah untuk kahwin sebelum nadia graduate. Bagi nadia, Allah S.W.T berfirman. " Kun Fayakun ". Jadi, maka jadilah. Sejauh mana pun pilihan yang kita tentukan untuk diri kita, kita kena ingat Allah Maha Besar dan setiap sesuatu jadi dengan izin-Nya. Jadi, jika ibu ayah bagi 'green light', itu adalah dengan izin-Nya dan adalah yang terbaik untuk nadia, dan Dia tahu nadia boleh handle apa pun dugaan, ujian yang bakal tempuh di masa hadapan. Itu je yang nadia pegang. Bahawasanya, Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu dan pasti ada hikmah disebaliknya yang Dia nak kita lihat dan nilai sendiri.

Bila dah kate nak kahwin awal nie, mesti ada pula yang tanya, boleh ke?? bahagi2 masa?? Bagi nadia tak ada masalah pun, sebab nadia so far alhamdulillah memang jenis sort things and fokus pada satu-satu. Hidup tak berubah sangat pun sebab nadia still teruskan belajar kat Mesir dan dia kerja di Malaysia. So, literally still the same macam waktu tunang nie, yang beza cuma status je, da jadi isteri orang. Adeh. Macam tak percaya pun ada. Sekarang, I'm in the journey to become someone's wife sooner or later. Insha Allah with His Might. Doakan erk?? amin.

Belajar pun makin banyak. Tapi, so far tengah fokus satu-satu. Prinsip sabar dalam menuntut ilmu. Itu yang nadia pegang dari dulu. Though,sometimes orang tengok macam nadia tak ambil kisah. Nadia akan fokus satu subjek dulu. Dah ok nadia rasa, baru nadia tukar fokus subjek lain. Even dapat test markah kadang-kadang tak membanggakan pun sebab nadia fokus subjek lain dulu dari yang ada test. Sebab bagi nadia kalau semua nadia nak capai dalam suatu masa, nadia takut, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Sejak ambil medic, macam tu la nadia study, tension pun x. Sebab nadia tak kalut nak habiskan syllabus. 

Nadia rasa sampai sini je kut untuk hari nie. Tengah cari semangat nak study nie. Enjin tengah semput-semput lagi bila nak tukar ada NOS pun tak tahu la. Doakan nadia dapat fokus belajar dan dalam kehidupan nadia. ok??insha Allah. amin. dan doa' dapat graduate in time. Insha Allah. amin. XOXO.

Waalaikumussalam.

No comments:

Post a Comment