13 March 2011

"Apa guna pakai tudung?"


Soalan :

Apakah hukum seorang yang suka mengeluarkan kata-kata “Pakai tudung pun tak berguna kalau hati atau perangai buruk. Yang penting hati kita kena baik. Tudung hanya bentuk zahir sahaja.” Kata-kata sebegini sering digunakan untuk mengejek orang yang memakai tudung dan membela diri bagi wanita yang tidak memakai tudung.

Jawapan :
Memakai tudung adalah satu kewajiban berhijab dalam Islam bagi wanita yang telah baligh. Hukum ini tiada perselisihan di sisi semua ulama dari keempat-empat mazhab. Ini berdasarkan firman Allah taala dalam ayat 59, Al-Ahzab dan ayat 31, An-Nur.
Seorang itu boleh bertudung tetapi masih melanggar aturan berhijab seperti memakai pakaian yang ketat atau mendedahkan anggota tubuh yang lain.

Ulama dari keempat-empat mazhab juga bersepakat bahawa minimum anggota tubuh yang perlu dihijab (tutup) ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Bagaimana bentuk atau fesyen bagi menutup tubuh, terserah kepada keadaan dan budaya, asal sahaja ia memenuhi syarat berhijab. Di sebabkan ruang yang terhad, sila rujuk syarat-syarat hijab yang sempurna dalam buku Halal dan Haram Dalam Islam oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Meninggalkan kewajiban berhijab/memakai tudung adalah dilarang. Mengingkarinya atau mengejek orang yang memakai hijab pula boleh merosakkan aqidah kerana mengingkari sesuatu yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan mengejek-ejek amalan agama. Allah taala berfirman yang bemaksud “…sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya (air dan makanan syurga) dari orang-orang kafir. (Iaitu) Mereka yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau dan kehidupan telah menipu mereka…” (Al-A`araaf : 50 – 51).

Walau bagaimana pun, berhijab adalah salah satu kewajiban dari banyak kewajiban dalam Islam. Berhijab atau tidak berhijab semata-mata tidak menjamin seorang itu masuk syurga atau neraka. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya salah seorang dari kamu mengamalkan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan kitab (Qadha’ & Qadar), lalu ia pun mengerjakan dengan amal ahli neraka, maka masuklah dia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang dari kamu mengamalkan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan kitab (Qadha’ & Qadar), lalu ia pun mengerjakan dengan amal ahli syurga, maka masuklah dia ke dalamnya.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Seorang itu jika ia sentiasa menjaga akhlaqnya serta hatinya dari sifat-sifat keji tetapi meninggalkan hijab, ia akan mendapat pahala bagi kebaikan yang ia lakukan dan mendapat dosa kerana meninggalkan hijab dan kewajiban yang lain, jika ada.

Di akhirat nanti, setiap kita akan dihisab oleh Allah taala atas seluruh amal kita. Jika seorang wanita berhijab tetapi dosa-dosanya yang lain memberatkan timbangan dosa, ia akan dicampakkan ke neraka dan wanita yang tidak berhijab walau pun berdosa tetapi amal kebajikannya lebih berat dari dosa, ia akan masuk ke syurga. Hakikat ini boleh dipelajari dari hadits Rasulullah s.a.w yang menceritakan seorang pelacur dimasukkan syurga kerana menyelamatkan seekor anjing yang kehausan.

Walau bagaimana pun, mereka yang mengatakan sedemikian sebenarnya tidak sedar bahawa keengganannya untuk memakai hijab menunjukkan kewujudan unsur-unsur tidak baik dalam hatinya. Hakikatnya seseorang itu tidak mahu berhijab, memberi petanda bahawa dalam hatinya ada keingkaran / tidak redha terhadap hukum Allah atau kelemahan untuk melawan rasa malu atau tekanan persekitaran dan kehendak nafsu untuk berhias atau ego diri.

Perlulah difahami bahawa seorang wanita yang berhijab bukan seorang yang maksum (terlepas dari buat dosa). Maka tidak mustahil, seorang wanita yang berhijab tetapi melakukan sesuatu kemungkaran juga seperti mengumpat dan berhasad dengki. Allah taala akan memberi pahala kepadanya kerana berhijab dan juga dosa atas keburukan yang ia lakukan dan sifat keji yang ada dalam hatinya.

Kewujudan wanita yang berhijab tetapi melakukan dosa-dosa yang lain tidak boleh menjadi alasan bagi seorang wanita meninggalkan kewajiban berhijab atas alasan ‘yang penting hati mahu baik’. Jika alasan ini boleh diterima, maka manusia akan mempunyai alasan bagi meninggalkan semua kewajiban agama. Orang akan mengatakan ‘buat apa sembahyang, kalau masih buat itu dan ini.... apa guna pergi haji, tapi masih tak sedar diri macam pak haji tu.... buat apa puasa, kalau ... yang penting hati mahu baik’.

Setiap kita haruslah mengetahui apakah kewajiban-kewajiban agama yang perlu ditunaikan dan berusaha untuk menunaikannya tanpa melihat perbuatan atau kecacatan orang lain kerana kita dihisab oleh Allah taala atas perbuatan kita sendiri bukan atas perbuatan orang lain. Allah taala berfirman “Dan bahawasanya seorang manusia itu tidak memperoleh (pahala atau dosa) melainkan apa yang diusahakanya.” (An-Najm : 39).
Selain itu, contoh tauladan bagi seorang Islam ialah Rasulullah s.a.w dan generasi sahabat yang bersamanya bukan manusia yang hidup di sekeliling kita.

Bagi wanita-wanita yang memakai hijab dan dikatakan sedemikian, hendaklah bersabar, berusaha memuhasabah diri atas kritikan yang dibuat dan tidak pula menghukum wanita yang mengatakan sedemikian dengan kafir, jahil dan cercaan lain. Allah taala mengajar umat Islam dalam firmannya “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yanag berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Al-Furqan : 63).

Wanita-wanita yang memakai hijab hendaklah bersyukur atas hidayah yang Allah telah berikan kepada mereka tetapi tidak pula menjadikan amalan hijabnya satu alasan untuk memandang rendah wanita lain kerana sifat sedemikian adalah keji dan sebahagian dari penyakit hati.
Semoga Allah taala memberi hidayah kepada semua wanita-wanita Islam untuk menunaikan kewajiban berhijab.Amin.




Wallahu A`alam...

10 March 2011

Sejuta Cinta!!

Sudah..memang sudah..
Perjalanan cinta berakhir sudah..
Engkau pergi tuk selamanya..
Tuk selamanya..

Mungkin ini sudah suratan..
Engkau dan diriku tak bisa bersama..
Munkin ini sudah suratan..
Sudah suratan...

Jangan engkau pergi..untuk meninggalkan aku..
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu..
Jangan engkau pergi..untuk melupakan aku..
Aku menangis kerna hidup tanpa dirimu..


4 March 2011

.:Mistakes:.

Assalamualaikum..

Mistakes??or dalam bahasa kite2 nie..KESILAPAN!!!Kite semua selalu tengok dalam cerita-cerita Melayu yang memaparkan cinta terhalang..pergh!!typical malaysian drama ok...indon pon same je..Tapi,aku nak cakap kat sini..aku cukup tak suke parents yang halang anak-anak dari bercinta or berkahwin dengan pilihan masing-masing..I admit some marriage are meant to live happily ever after..sebab ada restu ibu bapa ketat2..cewah!!hehehe..aku akui bimbingan dari parents tu perlu dalam setiap aspek kehidupan kite..But,if every each aspect in my live..nak ditentukan..AM I LOOK LIKE A BABY TO THEM??

Aku cakap kat sini bukan la sebab aku nak melawan cakap parents aku ke ape..I'm just want to do what I think right for myself..they can guide me..but,they can't decide for me..Its my live..For me..You'll never grown up as long as you still don't make mistakes..because live too short for you to worry about making mistakes..Somehow,you'll never learn a lesson until you make mistakes..:)!!Agree??tiba-tiba aku teringat speech kawan Bella dalam eclipse..tu la korang..tengok cerita tu..tengok la betul-betul..bukan setakat tengok cuci mata je..hahahah!!<------same dengan je orang yang cakap nie..huhuhu!!tapi,aku ada la juga ambil yang penting or yang aku rasa amat penting...macam speech kawan dia waktu graduation dia..korang tengok x??pergi tengok blik cerita tuh..hahaha!!

Dia ada cakap..pasal waktu sekarang nie la..waktu kita nak wat kesilapan..or banyak kesilapan yang akan kita lakukan tengah waktu umur-umur macam kita nie la..sebab,kalau umur kita panjang..Insha Allah..kita akan tahu apa yang betul atau tak untuk kita mampu melakar masa depan kita dengan lebih baik..sebab kita sudah ambil risiko pada awal jalan kita..So.kita akan lebih matang berfikir dan tahu any possibilities and probabilities that would happen if you do the same mistakes as you did before..did you get my idea??

I hope so..yang penting kat sini..aku nak bagitahu..korang kena stand for what you think you're right..aku bukan la nak suruh korang lawan cakap orang especially parents..yang terbaik..korang kena la bincang baik2..nie sume sebab lack of communication je..buat la solat istikharah..tu yang terbaik..minta petunjuk dari Yang Maha Esa..sebab Dia lagi mengetahui segala sesuatu..OK??Till my next entry.....daaaa~

Waalaikumussalam...

2 March 2011

.:HiDup LELAki TANpA WaniTA??BoLEH kE??:.

Assalamualaikum..:)!!

Hari nie..aku nak share sedikit tazkirah dengan korang semua..hehehe!!dunia..dunia juga..akhirat jangan lupa..sebab itu la yang kekal abadi..:)!!Aku pun tak sure mana aku ambil artikel nie..aku buka jumpa plak draft nie..So!!aku just karang ayat sikit je la..hehehe!!Untuk lelaki-lelaki diluar sana yang baca artikel nie..harap sedar la..jangan la terlalu sexism..and ada yang telah jauh menyimpang dari fitrah manusia sebenar..Na'uzubillah..sedarlah..itu adalah perbuatan terkutuk..huhuhu!!Let;s check it out-------->




Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.



Waalaikumussalam..:)!!